Wednesday, July 07, 2010

Sunday, May 16, 2010

Ucapan terima kasih dan kemaafan

Kami dari Kelab Serama Kedah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua peminat serama yang memeriahkan pertandingan pada 15/5 . Kami juga memohon berbanyak maaf di atas beberapa masalah yang telah timbul dan kami berazam akan memperbaiki segala masalah tersebut supaya kelancaran pertandingan pada masa hadapan akan lebih baik.Kita jumpa lagi di Besut pada 22/5 atau 5/6 di Seberang Jaya atau 3/7 di Tebengau.

Sunday, May 02, 2010

Pertandingan serama 1 Malaysia - Anjuran Kelab serama Kedah (15/05/2010)

Satu pertandingan ayam serama anjuran Kelab serama Kedah akan diadakan pada 15/05/2010 (Sabtu). 

Tempat : Pasaraya Billion
              Pasar Besar Alor Setar


 Lokasi Pertandingan

Kategori yang dipertandingkan ialah :-

1.Kategori A ( 350g ke bawah)
2. Kategori B ( 351g ke atas)
3. Serama Muda
4. Serama Remaja
5. Serama Induk
6. Serama tanpa lawi (tak siap )
7. Anak A (100gm ke bawah)
8. Anak B  (101gm - 140gm)

HADIAH

3 Hadiah bagi setiap 10 ekor penyertaan


Tempat Pertama - Wang Tunai RM 120.00
Tempat Kedua _ Wang Tunai RM 90.00
Tempat ketiga - Wang Tunai RM 70.00
saguhati - Dapur Gas Double Burner
Bonanza RM 500.00
Yuran Penyertaan - RM 35.00

Pengadil : Tempatan ( Kedah / Perlis )

*** Tiada kategori Best Of The Best ****


Dijemput semua hadir memeriahkan pertandingan ini.

Friday, April 02, 2010

Memang Sah dan Confirm - Games ditunda ke 15/5/2010

Hasil dari mesyuarat AJK pada 1/4/2010 semalam, sebulat suara bersetuju supaya pertandingan yang dicadangkan pada 17/04/2010 di tunda kepada 15/05/2010. Penundaan ini bagi membolehkan pihak kami mencari tempat yang lebih sesuai untuk pertandingan. Utk makluman semua venue yang selalu digunakan di medan selera Mergong telah mendapat bantahan dari segelintir pengusaha kedai di situ.Pihak pengusaha kedai telah mengadu kepada pihak penganjur bahawa terdapat tahi ayam dan sampah sarap yang ditinggalkan di kedai mereka selepas pertandingan.
   Demi utk kebaikan semua kami akan berusaha mencari venue yang lebih sesuai dan lengkap dengan semua kemudahan spt kedai makan dsb nya.

Jumpa anda semua pada 15/05/2010