Wednesday, December 08, 2010

Monday, December 06, 2010

Jumpa di kedah pada 5/2/2011

Games bulan 11 yang di tunda akan diadakan pada 5/2/2011 . Hadiah dan syarat seperti  tempohari. Tiada perbezaan.

Monday, November 01, 2010

Confirm...games 6/11/2010 ditunda

Pihak penganjur pertandingan pada 6/11/2010 ini telah bermesyuarat dan memutuskan untuk menunda pertandingan ini disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan spt  hujan yang tidak henti-henti.Terdapat kawasan yang telah dilanda banjir dan terputus hubungan yang mana faktor ini akan mengganggu kelancaran pertandingan.Pihak penganjur memohon berbanyak maaf diatas penundaan ini.

p/s tolong maklumkan kepada peminat serama semua tentang penundaan ini.


Ayam belum lagi selam...
Tapi kami di sini dah tenggelam

JANGAN LUPA !!!!!!!! GAMES 6/11/2010

Tuesday, October 19, 2010

Wednesday, September 29, 2010

Pertandingan Serama Di Kedah

Satu pertandingan serama akan diadakan pada 6/11/2010 (Sabtu)  anjuran Kelab Serama Kedah (KSK) dan Restoren Tok Nadoq. Maklumat lanjut berkaitan hadiah dan pertandingan ini akan dimuktamadkan kemudian. Luangkan masa anda untuk pertandingan ini sambil melancong ke Negeri Kedah.

Monday, September 20, 2010

Semoga Cepat Sembuh

hari Sabtu yang lepas 18/09/2010 sempat kami melawat anak salah seorang peminat serama (Mat pumpong) iaitu Aiman yang terlibat dengan kemalangan.Beliau sering mengikuti bapanya ke tempat pertandingan.Keadaannya beransur pulih. Disertakan bersama ini gambar beliau....

Sunday, May 16, 2010

Ucapan terima kasih dan kemaafan

Kami dari Kelab Serama Kedah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua peminat serama yang memeriahkan pertandingan pada 15/5 . Kami juga memohon berbanyak maaf di atas beberapa masalah yang telah timbul dan kami berazam akan memperbaiki segala masalah tersebut supaya kelancaran pertandingan pada masa hadapan akan lebih baik.Kita jumpa lagi di Besut pada 22/5 atau 5/6 di Seberang Jaya atau 3/7 di Tebengau.

Sunday, May 02, 2010

Pertandingan serama 1 Malaysia - Anjuran Kelab serama Kedah (15/05/2010)

Satu pertandingan ayam serama anjuran Kelab serama Kedah akan diadakan pada 15/05/2010 (Sabtu). 

Tempat : Pasaraya Billion
              Pasar Besar Alor Setar


 Lokasi Pertandingan

Kategori yang dipertandingkan ialah :-

1.Kategori A ( 350g ke bawah)
2. Kategori B ( 351g ke atas)
3. Serama Muda
4. Serama Remaja
5. Serama Induk
6. Serama tanpa lawi (tak siap )
7. Anak A (100gm ke bawah)
8. Anak B  (101gm - 140gm)

HADIAH

3 Hadiah bagi setiap 10 ekor penyertaan


Tempat Pertama - Wang Tunai RM 120.00
Tempat Kedua _ Wang Tunai RM 90.00
Tempat ketiga - Wang Tunai RM 70.00
saguhati - Dapur Gas Double Burner
Bonanza RM 500.00
Yuran Penyertaan - RM 35.00

Pengadil : Tempatan ( Kedah / Perlis )

*** Tiada kategori Best Of The Best ****


Dijemput semua hadir memeriahkan pertandingan ini.

Friday, April 02, 2010

Memang Sah dan Confirm - Games ditunda ke 15/5/2010

Hasil dari mesyuarat AJK pada 1/4/2010 semalam, sebulat suara bersetuju supaya pertandingan yang dicadangkan pada 17/04/2010 di tunda kepada 15/05/2010. Penundaan ini bagi membolehkan pihak kami mencari tempat yang lebih sesuai untuk pertandingan. Utk makluman semua venue yang selalu digunakan di medan selera Mergong telah mendapat bantahan dari segelintir pengusaha kedai di situ.Pihak pengusaha kedai telah mengadu kepada pihak penganjur bahawa terdapat tahi ayam dan sampah sarap yang ditinggalkan di kedai mereka selepas pertandingan.
   Demi utk kebaikan semua kami akan berusaha mencari venue yang lebih sesuai dan lengkap dengan semua kemudahan spt kedai makan dsb nya.

Jumpa anda semua pada 15/05/2010

Monday, March 29, 2010

Pertandingan Bulan April - 17/04/2010

Perhatian kepada peminat ayam serama disebelah utara !. satu pertandingan ayam serama dijangka akan diadakan pada tarikh tersebut.Maklumat terperinci akan diputuskan dalam mesyuarat akan datang.

Sunday, March 07, 2010

Ucapan terima kasih

Kelab serama kedah mengucapkan terima kasih kepada semua peminat ayam serama yang sudi menghadirkan diri dan memberi sokongan pada pertandingan 6/3/2010 yang lepas. Kami juga memohon maaf kerana terdapat beberapa masalah teknikal pada hari pertandingan tersebut.Berdasarkan sambutan tempohari, ada cadangan supaya games dibuat 1 atau 2 kali sebulan demi memeriahkan lagi dunia ayam serama.Terima kasih semua.

Tuesday, February 23, 2010

Pertandingan serama anjuran kelab serama kedah. 06/03/2010 - Bon Kecil

Satu pertandingan ayam serama anjuran Kelab serama Kedah akan diadakan pada 06/03/2010 (Sabtu). Pertandingan ini diadakan sebagai memenuhi tuntutan peminat serama di sebelah utara yang dahagakan pertandingan setelah sekian lama pertandingan tidak diadakan di kawasan ini. Pertandingan ini juga diadakan bagi mereka yang tidak berkesempatan, berpeluang dan berkewangan untuk menyertai pertandingan yang lebih besar di Kelantan, juga pada tanggal 06/03/2010.

Tempat : Medan Selera Mergong.


             (Berhampiran Stesen Bas Shahab Perdana  dan Kolej Universiti INSANIAH)

Kategori yang dipertandingkan ialah :-

1.Kategori A ( 350g ke bawah)
2. Kategori B ( 351g ke atas)
3. Serama Muda
4. Serama Remaja
5. Serama Induk
6. Serama tanpa lawi (tak siap )
7. Anak A (100gm ke bawah)
8. Anak B  (101gm - 140gm)

HADIAH

3 Hadiah bagi setiap 10 ekor penyertaan.


Tempat Pertama  - Wang tunai RM 100.00
Tempat Kedua   - Wang Tunai RM 80.00
Tempat Ketiga - Wang Tunai RM 60.00
Saguhati - TOTO

Cabutan Bertuah 


1.  3 hadiah TOTO
2.  5 Hamper


Bonanza


Wang Tunai RM 500.00

Yuran Penyertaan - RM 30.00


Pengadil : Tempatan

*** Tiada kategori Best Of The Best ****


Dijemput semua hadir memeriahkan pertandingan ini.

Monday, February 22, 2010

Pertandingan serama bon kecik 06/03/2010

Kelab akan menganjurkan satu pertandingan serama bon kecik pada 06/03/2010 .Pertandingan ini terbuka kepada semua peminat serama yang cuba untuk test ayam masing-masing. Buat pertama kali kami akan menggunakan pengadil tempatan sebagai persediaan dan latihan kepada pengadil baru terhadap pertandingan yang lebih besar. Hadiah dan bonanza akan dimuktamadkan pada petang ini.

Thursday, February 18, 2010

kotak ayam untuk dijual !!! RM 50

Kotak ini adalah ciptaan asli ahli kelab serama kedah.
Sesiapa berminat untuk membeli atau menempah sila hubungi:-

Ghani Bkt Pinang - 0194176090
Amin Kuala Nerang - 0194804365

Tuesday, February 16, 2010

Rombongan ke kelantan

Kelab serama kedah seramai 8 orang ahli telah bertolak ke kelantan pada 13 feb untuk menyertai pertandingan serama sempena promosi melawat kelantan.Hasil dari pertandinga tersebut beberapa kejayaan telah dicapai iaitu :-

Tempat ketiga (remaja)
Tempat ketiga (muda)
Saguhati remaja ( 2 ekor)
Saguhati tanpa lawi (2 ekor)
Saguhati muda

Monday, February 01, 2010