Friday, April 02, 2010

Memang Sah dan Confirm - Games ditunda ke 15/5/2010

Hasil dari mesyuarat AJK pada 1/4/2010 semalam, sebulat suara bersetuju supaya pertandingan yang dicadangkan pada 17/04/2010 di tunda kepada 15/05/2010. Penundaan ini bagi membolehkan pihak kami mencari tempat yang lebih sesuai untuk pertandingan. Utk makluman semua venue yang selalu digunakan di medan selera Mergong telah mendapat bantahan dari segelintir pengusaha kedai di situ.Pihak pengusaha kedai telah mengadu kepada pihak penganjur bahawa terdapat tahi ayam dan sampah sarap yang ditinggalkan di kedai mereka selepas pertandingan.
   Demi utk kebaikan semua kami akan berusaha mencari venue yang lebih sesuai dan lengkap dengan semua kemudahan spt kedai makan dsb nya.

Jumpa anda semua pada 15/05/2010