Maklumat berkaitan pertandingan.
Wednesday, June 16, 2010
Sunday, May 16, 2010
Ucapan terima kasih dan kemaafan
Kami dari Kelab Serama Kedah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua peminat serama yang memeriahkan pertandingan pada 15/5 . Kami juga memohon berbanyak maaf di atas beberapa masalah yang telah timbul dan kami berazam akan memperbaiki segala masalah tersebut supaya kelancaran pertandingan pada masa hadapan akan lebih baik.Kita jumpa lagi di Besut pada 22/5 atau 5/6 di Seberang Jaya atau 3/7 di Tebengau.
Tuesday, May 11, 2010
Sunday, May 02, 2010
Pertandingan serama 1 Malaysia - Anjuran Kelab serama Kedah (15/05/2010)
Satu pertandingan ayam serama anjuran Kelab serama Kedah akan diadakan pada 15/05/2010 (Sabtu).
Tempat : Pasaraya Billion
Kategori yang dipertandingkan ialah :-
1.Kategori A ( 350g ke bawah)
2. Kategori B ( 351g ke atas)
3. Serama Muda
4. Serama Remaja
5. Serama Induk
6. Serama tanpa lawi (tak siap )
7. Anak A (100gm ke bawah)
8. Anak B (101gm - 140gm)
HADIAH
3 Hadiah bagi setiap 10 ekor penyertaan
Tempat Pertama - Wang Tunai RM 120.00
Tempat Kedua _ Wang Tunai RM 90.00
Tempat ketiga - Wang Tunai RM 70.00
saguhati - Dapur Gas Double Burner
Bonanza RM 500.00
Tempat Pertama - Wang Tunai RM 120.00
Tempat Kedua _ Wang Tunai RM 90.00
Tempat ketiga - Wang Tunai RM 70.00
saguhati - Dapur Gas Double Burner
Bonanza RM 500.00
Yuran Penyertaan - RM 35.00
Pengadil : Tempatan ( Kedah / Perlis )
*** Tiada kategori Best Of The Best ****
Dijemput semua hadir memeriahkan pertandingan ini.
Friday, April 02, 2010
Memang Sah dan Confirm - Games ditunda ke 15/5/2010
Hasil dari mesyuarat AJK pada 1/4/2010 semalam, sebulat suara bersetuju supaya pertandingan yang dicadangkan pada 17/04/2010 di tunda kepada 15/05/2010. Penundaan ini bagi membolehkan pihak kami mencari tempat yang lebih sesuai untuk pertandingan. Utk makluman semua venue yang selalu digunakan di medan selera Mergong telah mendapat bantahan dari segelintir pengusaha kedai di situ.Pihak pengusaha kedai telah mengadu kepada pihak penganjur bahawa terdapat tahi ayam dan sampah sarap yang ditinggalkan di kedai mereka selepas pertandingan.
Demi utk kebaikan semua kami akan berusaha mencari venue yang lebih sesuai dan lengkap dengan semua kemudahan spt kedai makan dsb nya.
Jumpa anda semua pada 15/05/2010
Demi utk kebaikan semua kami akan berusaha mencari venue yang lebih sesuai dan lengkap dengan semua kemudahan spt kedai makan dsb nya.
Jumpa anda semua pada 15/05/2010
Monday, March 29, 2010
Pertandingan Bulan April - 17/04/2010
Perhatian kepada peminat ayam serama disebelah utara !. satu pertandingan ayam serama dijangka akan diadakan pada tarikh tersebut.Maklumat terperinci akan diputuskan dalam mesyuarat akan datang.
Sunday, March 07, 2010
Ucapan terima kasih
Kelab serama kedah mengucapkan terima kasih kepada semua peminat ayam serama yang sudi menghadirkan diri dan memberi sokongan pada pertandingan 6/3/2010 yang lepas. Kami juga memohon maaf kerana terdapat beberapa masalah teknikal pada hari pertandingan tersebut.Berdasarkan sambutan tempohari, ada cadangan supaya games dibuat 1 atau 2 kali sebulan demi memeriahkan lagi dunia ayam serama.Terima kasih semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)
