Wednesday, June 20, 2012

Poster Games di Kedah 7 Julai 2012


Maklumat berkaitan game ini juga boleh di lawati di web Yayasan Sultanah Bahiyah

http://ysb.myakr.com/


Seri Paduka Baginda  Yang dipertuan Agong dijangkakan akan memeriahkan pertandingan ini.




Tambahan Hadiah :


1. Piala untuk tempat pertama     berharga RM 250
2. Piala untuk tempat Kedua berharga RM ....
3. Piala untuk tempat Ketiga berharga RM ....


....dan juga piala untuk "Best Of the Best" berharga RM 250

Thursday, June 07, 2012

Pertandingan Pada 17 Jun 2012 - Ahad ,hari Israk dan Mikraj

Kepada peminat ayam serama di minta hadir awal ke tempat pertandingan.

Pendaftaran bermula jam 9.00 Pagi

Pengadilan akan bermula pada pukul 10.00 Pagi

Pendaftaran dijangka akan ditutup pada jam 11.00 Pagi.

Cabutan bertuah dan Hadiah akan disempurnakan oleh Datuk Mukhriz Tun Mahathir pada jam 12.00 T/Hari.

Saturday, May 26, 2012

PERTANDINGAN SERAMA BON BESAR PADA 7/7/2012

Satu pertandingan ayam serama bon besar anjuran Kelab Serama Kedah dan Yayasan Sultanah Bahiyah dicadangkan akan diadakan seperti berikut.

Tarikh : 7 Julai 2012
Tempat : Stadium Darulaman , Alor Setar

Hadiah dan maklumat lanjut akan di muktamadkan kemudian.

Saturday, January 07, 2012

Berita Gembira Buat Peminat Serama

Hasil dari mesyuarat siang tadi pihak penganjur bersetuju untuk memberi diskaun sebanyak RM 5 bagi setiap penyertaan. Jadi untuk  game pada  21 Januari ini yuran penyertaan hanya RM 35 sahaja bagi seekor ayam.

Peta lokasi

Monday, December 05, 2011

PERTANDINGAN SERAMA DI KEDAH ANJURAN KSK PADA 21 JANUARI 2012

Maklumat pertandingan seperti berikut :-


PERTANDINGAN AYAM SERAMA  ANJURAN BERSAMA KELAB SERAMA KEDAH DAN JAWATANKUASA PIBG SEK.  KEB MERGONG, KEDAH
TARIKH : 21 JANUARI 2012 (SABTU)
TEMPAT: DEWAN TERBUKA SK MERGONG,JALAN LENCONGAN BARAT
ALOR SETAR KEDAH.

KATEGORI
SERAMA ANAK A (100g KE BAWAH)
SERAMA ANAK B (140g KE BAWAH)
SERAMA REMAJA
SERAMA MUDA
SERAMA A (350g KE BAWAH)
SERAMA B (351g KE ATAS)
SERAMA TAK KIRA LAWI
SERAMA INDUK
HADIAH
TEMPAT PERTAMA : RM 200.00 & PIALA
TEMPAT KEDUA : RM 150.00 & PIALA
TEMPAT KETIGA : RM 100.00 & PIALA
SAGUHATI : BARANGAN ELEKTRIK
CABUTAN BERTUAH
RM 50.00 x 4 CABUTAN
HAMPER DAN BARANGAN
BONANZA
RM 300.00
Best Of The Best
RM 100 dan Piala

YURAN PENYERTAAN : RM 40.00

Sunday, June 26, 2011

Ucapan Terima Kasih

Kami di Kelab Serama Kedah mengucapkan terima kasih kepada peminat serama yang sudi memeriahkan pertandingan kali ini.Sebarang kekurangan dan kesalahan ,kami memohon berbanyak maaf. Komen yang bernas dipersilakan.

       Ayam A, Anak ayam B
          Ayam Induk, Ayam Tanpa Lawi
      Malam ni kami mesyuarat lagi.
          Kalau ada belen-belen duit, bulan depan kami buat lagi.




                                                ...................KSK.

Friday, June 10, 2011

Tuesday, June 07, 2011

Pertandingan Serama Bon Kecil pada 25 JUN 2011

Satu pertandingan serama bon kecil anjuran KSK akan diadakan pada 25 Jun 2011.Tempat akan di muktamadkan kemudian.

Kategori :-

1. Anak A
2. Anak B
3. Remaja
4. Muda
5. ABS
6. Serama A
7. Serama B
8. Induk

Hadiah =  3/10:-

Johan RM = 120
N. Johan = 90
Tempat ke 3 = RM 70
Tempat ke 4 dan seterusnya = Dapur Gas Double Burner

Cabutan Bertuah :-

Wang Tunai  RM 300   1 cabutan
Wang Tunai RM 100 1 cabutan
Wang Tunai RM 50 2 cabutan
Hamper = 10 hadiah

Best of The Best RM 100

Yuran Penyertaan RM 35.00


Poster ??? ....tunggu sat masih dalam pembikinan.

Pengadil : Import...

Sunday, May 22, 2011

Pertandingan di Langkawi Pada 4 Jun 2011

Bersama ini dilampirkan poster tersebut untuk tatapan peminat serama sekelian.

Terima kasih
- Serama amin kuala nerang.

Sunday, March 13, 2011

Monday, February 07, 2011

Pemenang dan Top 10 setiap kategori pada games 5 Februari 2011

Pemenang Cabutan Bonanza RM 1000.00 dan RM 500.00 

 Pemenang "Best Of The Best " bersama Exco Kerajaan Tempatan







Keputusan penuh sila klik disini
pilih recent sites activity di bawah kotak kosong

Wednesday, December 08, 2010

Monday, December 06, 2010

Jumpa di kedah pada 5/2/2011

Games bulan 11 yang di tunda akan diadakan pada 5/2/2011 . Hadiah dan syarat seperti  tempohari. Tiada perbezaan.

Monday, November 01, 2010

Confirm...games 6/11/2010 ditunda

Pihak penganjur pertandingan pada 6/11/2010 ini telah bermesyuarat dan memutuskan untuk menunda pertandingan ini disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan spt  hujan yang tidak henti-henti.Terdapat kawasan yang telah dilanda banjir dan terputus hubungan yang mana faktor ini akan mengganggu kelancaran pertandingan.Pihak penganjur memohon berbanyak maaf diatas penundaan ini.

p/s tolong maklumkan kepada peminat serama semua tentang penundaan ini.


Ayam belum lagi selam...
Tapi kami di sini dah tenggelam

JANGAN LUPA !!!!!!!! GAMES 6/11/2010